WAKAF MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS, KUALA LUMPUR.

RM13,872.00 Sasaran RM12,000,000.00
0.12%

Masjid Al-Mubarakah merupakan sebuah masjid yang terletak di Zon 5, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berkedudukan di atas Lot 1487 yang berkeluasan 0.655 ekar di Taman Bukit Cheras yang mana mempunyai sekitar 2,000 unit rumah dan 8,000 orang ahli qariah.

 

Pihak pengurusan MAM bercadangan untuk membina bangunan masjid baru bagi menggantikan bangunan masjid sedia ada.Berdasarkan keadaan semasa, Masjid Al-Mubarakah tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang hadir ke masjid terutamanya pada hari-hari penting seperti Solat Jumaat, Solat Hari Raya, Solat Tarawikh dan sebagainya.

 

Pihak Masjid Al-Mubarakah berhasrat untuk membuat pembangunan semula masjid dan Kompleks Islam di atas lot tanah sedia ada. Antara komponen yang akan dibina di kompleks ini ialah Blok Bangunan Masjid, Blok Tadika Islam MAIWP, Blok Kuarters Imam dan Bilal, Pejabat dan Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar dan Perpustakaan, Dewan Makan dan Dapur, Dewan Serbaguna,Bilik Pengurusan Jenazah dan Kedai Wakaf.

 

Keperluan menaiktaraf Masjid Al-Mubarakah adalah sangat penting dalam melahirkan suasana yang lebih kondusif dan selesa kepada kepada para jemaah untuk menunaikan solat fardhu dan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
622 hari berbaki sebelum kempen tamat
Sila pilih jumlah Wakaf
RM
Tujuan
Jika ruang tujuan tidak dipilih, 'Diri Sendiri' akan dimasukkan sebagai pewakaf
Senarai Nama Pewakaf
Tujuan Nama Pewakaf
Doa Ringkas
Doa adalah terkad kepada 200 aksara sahaja
Akad Perwakilan

* Saya mewakafkan wang bagi kepentingan agama Islam dan Ummah kerana Allah SWT untuk selama-lamanya secara wang tunai kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP bagi tujuan:

Diri Sendiri

sebanyak RM 0.00

Saya dengan ini juga membenarkan pihak pemegang amanah melaksanakan istibdal bagi perolehan aset kekal menurut hukum syarak.

Maklumat Pembayaran

Sila isi ruangan alamat e-mel jika mahu menerima resit wakaf
Item Jumlah
Nilai Wakaf RM 0.00
Caj Platform RM 1.00
Jumlah RM 0.00
* Caj platform akan dikenakan sebanyak RM 1.00