WAKAF SURAU SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

RM18,072.00 Sasaran RM300,000.00
6.02%

Sekolah Sultan Alam Shah pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Alam Shah dan ianya merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958. Sekolah ini merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam dan juga merupakan jambatan pertama bagi pelajar-pelajar Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

 

Pada tahun 2001, kerajaan pada ketika itu telah bersetuju untuk memindahkan sekolah yang terletak di Jalan Cheras ini untuk ditempatkan di atas tanah seluas 9.774 hektar di Putrajaya. Kos pembinaan sekolah ini telah menelan belanja RM 54 Juta dan siap dibina pada tahun 2003.

 

Pada tanggal 25 Mac 2006, Sekolah Alam Shah melakar sejarah apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah ini di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006. Surau Alam Shah juga telah didaftarkan di bawah JAWI dengan No. Pendaftaran: JAWI/5/042/2/2003 dan telah diiktiraf sebagai Surau Jumaat. 


Pihak Pengurusan Surau Alam Shah bercadang untuk menambah baik dan menggantikan beberapa peralatan yang telah lama serta mengindahkan kawasan Surau Sultan Alam Shah. Antara kerja-kerja pembaikan yang ingin dijalankan adalah, sistem audio surau, permaidani surau, penyelenggaraan penghawa dingin surau, menaiktaraf hiasan dalaman surau dan penambahan bumbung di kawasan wuduk luar surau.

dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
606 hari berbaki sebelum kempen tamat
Sila pilih jumlah Wakaf
RM
Tujuan
Jika ruang tujuan tidak dipilih, 'Diri Sendiri' akan dimasukkan sebagai pewakaf
Senarai Nama Pewakaf
Tujuan Nama Pewakaf
Doa Ringkas
Doa adalah terkad kepada 200 aksara sahaja
Akad Perwakilan

* Saya mewakafkan wang bagi kepentingan agama Islam dan Ummah kerana Allah SWT untuk selama-lamanya secara wang tunai kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP bagi tujuan:

Diri Sendiri

sebanyak RM 0.00

Saya dengan ini juga membenarkan pihak pemegang amanah melaksanakan istibdal bagi perolehan aset kekal menurut hukum syarak.

Maklumat Pembayaran

Sila isi ruangan alamat e-mel jika mahu menerima resit wakaf
Item Jumlah
Nilai Wakaf RM 0.00
Caj Platform RM 1.00
Jumlah RM 0.00
* Caj platform akan dikenakan sebanyak RM 1.00