WAKAF SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA.

RM20,847.00 Sasaran RM5,700,000.00
0.37%

Penduduk di sekitar kawasan Presint 14, Putrajaya menunaikan solat fardhu, Solat Jumaat dan mengikuti pengajian agama dengan menumpang di Surau Al-Syakirin yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya.

 

Sejak sekolah mula beroperasi sekitar tahun 2009, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan penduduk di sekitar Presint 14, Putrajaya menggunakan surau sekolah sebagai tempat untuk solat berjemaah.

 

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kekangan bagi menjalankan aktiviti di surau sekolah kerana penduduk dan komuniti di sekitar Presint 14, Putrajaya masih terikat dengan peraturan premis kerajaan, antaranya ialah:

 

a.         Solat fardhu seperti Zohor dan Asar masih tidak boleh dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat pada waktu persekolahan;

b.         Aktiviti seperti korban, qiamullail, beriktikaf dan memasak tidak boleh dilaksanakan;

c.         Ruang letak kereta bagi jemaah solat Jumaat adalah terhad kerana terpaksa berkongsi dengan ruang letak kereta guru dan kakitangan sekolah;

d.         Pagar akan ditutup semasa solat Jumaat dan pada aktiviti sekolah hujung minggu atas dasar keselamatan; dan

e.         Peningkatan jemaah khususnya ketika solat Jumaat mengakibatkan persekitaran sekolah amat sesak.

 

Antara komponen yang bakal disediakan di SAH adalah seperti dewan solat utama yang berhawa dingin, tempat wuduk lelaki dan perempuan, tandas lelaki dan perempuan, bilik serbaguna, pejabat surau, bilik peralatan audio, bilik perpustakaan, bilik mesyuarat, ruang pengurusan jenazah dan ruang persediaan jamuan.

 

 

dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
603 hari berbaki sebelum kempen tamat
Sila pilih jumlah Wakaf
RM
Tujuan
Jika ruang tujuan tidak dipilih, 'Diri Sendiri' akan dimasukkan sebagai pewakaf
Senarai Nama Pewakaf
Tujuan Nama Pewakaf
Doa Ringkas
Doa adalah terkad kepada 200 aksara sahaja
Akad Perwakilan

* Saya mewakafkan wang bagi kepentingan agama Islam dan Ummah kerana Allah SWT untuk selama-lamanya secara wang tunai kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP bagi tujuan:

Diri Sendiri

sebanyak RM 0.00

Saya dengan ini juga membenarkan pihak pemegang amanah melaksanakan istibdal bagi perolehan aset kekal menurut hukum syarak.

Maklumat Pembayaran

Sila isi ruangan alamat e-mel jika mahu menerima resit wakaf
Item Jumlah
Nilai Wakaf RM 0.00
Caj Platform RM 1.00
Jumlah RM 0.00
* Caj platform akan dikenakan sebanyak RM 1.00