WAKAF MASJID SAIDINA ALI KARAMALLAH WAJHAH, KAMPUNG PADANG BALANG, SENTUL, KUALA LUMPUR.

RM5,880.00 Sasaran RM300,000.00
1.96%

Permohonan Wakaf Khas Bagi Tujuan Membiayai Kos Menaiktaraf Mihrab Masjid Saidina Ali Karamallah Wajhah, Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.


Masjid lama ini telah dibina pada sekitar tahun 1910. Pada tahun 1980-an, masjid lama ini tidak dapat menampung bilangan jemaah terutamanya ketika Solat Jumaat, Solat Aidilfitri dan Aidiladha. Masjid lama ini kemudiannya digantikan dengan Masjid Saidina Ali Karamallah Wajhah bagi menampung bilangan jemaah yang kian meningkat hari demi hari.


Majlis pecah tanah bagi pembinaan Masjid Saidina Ali Karamallah Wajhah ini telah disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada sekitar tahun 1991. Masjid ini merupakan sebuah masjid lama yang mana rekabentuk senibinanya tidak pernah diubahsuai dan masih mengekalkan bentuk senibina lama.


Masjid Saidina Ali Karamallah Wajhah ini telah diberi penarafan 5 bintang oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
605 hari berbaki sebelum kempen tamat