WAKAF MADRASATHUL GOUTHIYYAH, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR.

RM4,305.00 Sasaran RM6,000,500.00
0.07%

Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1987. Pada permulaannya, surau ini telah beroperasi sebagai madrasah dan dibina dengan menggunakan papan dan kayu sahaja. Seramai 100 hingga 150 orang jemaah yang terdiri daripada masyarakat Islam setempat di mana majoritinya kaum India Muslim daripada kawasan itu yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Kathijah telah menggunakan surau ini bagi tujuan menjalankan ibadah solat lima waktu serta aktiviti-aktiviti keagamaan.

 

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah yang semakin meningkat tahun demi tahun, surau papan yang dibina itu telah dirobohkan pada tahun 2005 bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah surau yang lebih besar dengan kapasiti jemaah sekitar 600 orang. Susulan pembinaan surau baru itu, Madrasathul Gouthiyyah telah dinaiktaraf kepada Surau Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada tahun 2012.

 

Pada tahun 2013, Jawatankuasa Madrasathul Gouthiyyah telah memutuskan untuk menaiktaraf kemudahan serta ruang solat untuk menampung jemaah yang lebih ramai sekurang-kurangnya 2,500 – 3,000 orang.


Cadangan pembinaan bangunan tambahan di madrasathul Gouthiyyah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


Sayap Kanan:

1. Parkir kereta di aras bawah yang boleh dijadikan ruang solat tambahan untuk Solat Jumaat yang boleh menampung 570 orang jemaah.

2. Ruang solat di tingkat 1 yang boleh menampung 430 orang jemaah.

3. Ruang solat di tingkat 2 yang boleh menampung 430 orang jemaah. Ruang ini juga akan dijadikan sebagai dewan serbaguna untuk sebarang majlis atau dewan kuliah.


Sayap Kiri:

1. Kemudahan Bilik Jenazah, tandas, dapur dan bilik stor di aras bawah.

2. Pejabat Surau, Bilik Imam dan Pegawai Surau serta Bilik Mesyuarat di tingkat 1 dan 2.




dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
605 hari berbaki sebelum kempen tamat
Sila pilih jumlah Wakaf
RM
Tujuan
Jika ruang tujuan tidak dipilih, 'Diri Sendiri' akan dimasukkan sebagai pewakaf
Senarai Nama Pewakaf
Tujuan Nama Pewakaf
Doa Ringkas
Doa adalah terkad kepada 200 aksara sahaja
Akad Perwakilan

* Saya mewakafkan wang bagi kepentingan agama Islam dan Ummah kerana Allah SWT untuk selama-lamanya secara wang tunai kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP bagi tujuan:

Diri Sendiri

sebanyak RM 0.00

Saya dengan ini juga membenarkan pihak pemegang amanah melaksanakan istibdal bagi perolehan aset kekal menurut hukum syarak.

Maklumat Pembayaran

Sila isi ruangan alamat e-mel jika mahu menerima resit wakaf
Item Jumlah
Nilai Wakaf RM 0.00
Caj Platform RM 1.00
Jumlah RM 0.00
* Caj platform akan dikenakan sebanyak RM 1.00