Wakaf Al-Quran Pendidikan

RM35,937.00 Sasaran RM100,000.00
35.94%

Pusat Wakaf MAIWP dengan Kerjasama Pertubuhan Kasih Ikatan Ummah (PIKU) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWPKL) telah melancarkan Wakaf Al-Quran Pendidikan pada 29/3/2022. Program ini bertujuan untuk menyediakan al-Quran di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Wilayah Persekutuan bagi proses pembelajaran pelajar-pelajar. 

Jumlah bagi sasaran kutipan bagi wakaf al-Quran ini ialah sebanyak RM1,413,675.00 iaitu sebanyak 18,849 naskah al-quran yang diperlukan. Oleh itu, Pusat Wakaf MAIWP ingin mengajak tuan/puan semua agar bersama-sama dalam menyalurkan wakaf al-quran bagi kegunaan oleh generasi muda untuk membentuk mereka menjadi ummah yang memahami dan mempraktik akhlak al-Quran dalam kehidupan seharian.

Untuk peringkat pertama, sasaran kutipan sebanyak RM100,000 bagi menjayakan dahulu sebahagian Wakaf Al-Quran ini. 

dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
751 hari berbaki sebelum kempen tamat