WAKAF MASJID AL-NAJIHIN, BANDAR SRI PERMAISURI

RM15,808.00 Sasaran RM260,000.00
6.08%

Masjid Al-Najihin dibina atas lot 55104 yang berkeluasan 8,042 meter persegi dan kedudukannya adalah berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Tasik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik. Masjid ini telah mula dibina pada 25 Oktober 2007 dan siap sepenuhnya pada 17 Mac 2009. Kos pembangunan Masjid Al-Najihin yang berkonsepkan senibina moden Kontemporari Melayu ini telah menelan belanja sebanyak RM14 Juta dan jumlah perbelanjaan tersebut merangkumi kos milikan tanah, kos pembinaan dan keceriaan. 

Pihak masjid telah mendapat kelulusan kebenaran mengutip dana wakaf khas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang bertujuan untuk membina bangunan tambahan (pejabat pentadbiran), pemasangan penghawa dingin dan penukaran permaidani di ruang solat. Anggaran kos yang diperlukan bagi menampung kos pembangunan Masjid Al-Najihin ialah sebanyak RM400,000. Pihak masjid telah mengambil inisiatif awal dengan mempromosikan sumbangan dan hasilnya pihak masjid telah memperoleh kutipan sebanyak RM140,000. Hasil dari sumbangan kutipan tersebut telah digunakan untuk membiayai kerja-kerja penukaran permaidani di ruang solat. 

Walaubagaimanapun, pihak masjid masih memerlukan baki yang berjumlah RM260,000 untuk membiayai kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan (pejabat pentadbiran), pemasangan penghawa dingin dan sebahagian lagi penukaran permaidani di ruang solat. 


dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
751 hari berbaki sebelum kempen tamat
Sila pilih jumlah Wakaf
RM
Tujuan
Jika ruang tujuan tidak dipilih, 'Diri Sendiri' akan dimasukkan sebagai pewakaf
Senarai Nama Pewakaf
Tujuan Nama Pewakaf
Doa Ringkas
Doa adalah terkad kepada 200 aksara sahaja
Akad Perwakilan

* Saya mewakafkan wang bagi kepentingan agama Islam dan Ummah kerana Allah SWT untuk selama-lamanya secara wang tunai kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP bagi tujuan:

Diri Sendiri

sebanyak RM 0.00

Saya dengan ini juga membenarkan pihak pemegang amanah melaksanakan istibdal bagi perolehan aset kekal menurut hukum syarak.

Maklumat Pembayaran

Sila isi ruangan alamat e-mel jika mahu menerima resit wakaf
Item Jumlah
Nilai Wakaf RM 0.00
Caj Platform RM 1.00
Jumlah RM 0.00
* Caj platform akan dikenakan sebanyak RM 1.00