WAKAF MUSOLLA AL-MARJAN, SMK BATU MUDA, KUALA LUMPUR

RM12,979.00 Sasaran RM250,000.00
5.19%

SMK Batu Muda didirikan di atas lot 56185 yang berkeluasan 2.095 hektar dan terletak berhampiran dengan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Musolla Al-Marjan (MAM) telah didaftarkan sebagai surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 13 April 2021 dan diletakkan di bawah kariah Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.


SMK Batu Muda telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan merupakan sekolah di bawah kerajaan yang dikawal selia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). SMK Batu Muda mempunyai majoriti pelajar yang beragama islam iaitu seramai 1,446 orang bersamaan dengan 96.7% daripada keseluruhan pelajar. 

Pada ketika ini, unit-unit bilik darjah telah dijadikan sebagai surau untuk tujuan aktiviti agama dan pendidikan islam. Dengan keadaan ruang yang sempit ia menghadkan aktiviti guru dan pelajar untuk melaksanakan solat fardu. Pihak pengurusan SMK Batu Muda dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah berbincang dan bersetuju untuk menaiktaraf MAM. Anggaran kos diperlukan untuk menaiktaraf surau MAM ini berjumlah RM250,000. 


Keperluan menaiktaraf MAM ini adalah sangat penting bagi :
1- menjamin keselesaan dalam melaksanakan ibadah dan aktiviti keagamaan untuk kegiatan masyarakat setempat. 

2- Menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada warga sekolah yang hadir untuk beribadah di MAM. 

3- Memberi peluang kepada masyarakat supaya dapat terlibat sama untuk terus berwakaf dan mendapat keredhaanya. 

4- Pihak SMK Batu Muda turut berhasrat untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan solat jumaat di MAM bertujuan memberi kemudahan kepada warga sekolah dan penduduk sekitar untuk menunaikan solat jumaat. 


dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
757 hari berbaki sebelum kempen tamat